Monday, August 30, 2010

Depa faham ke makna 'tazkirah' tu?

Setakat ni nampaknya, media media mengajar penggunaan bahasa yang salah tentang tazkirah, sebelum ini dalam 3 tahun yang lepas, di Negeri Selangar telah mengharam kan tazkirah didalam bulan ramadan.
Tazkirah disni bermaksud memberi pengajaran,kefahaman tentang hukum islam kepada jemaah semasa berhenti selepas solat terawikh..
Media memain kan peranan se olah kedatangan YB Teo juga memberi atau mengajar tentang islam.
Dengan sengaja akhar telah menyalah guna perkataan tazkirah, sengaja nak memburuk2 kan perkataan tazkirah.
Ini kah dinama kan penyebar maklumat bagi rakyat?

Jika sekadar 5 minit bercakap di hadapan para hadirin, ia lebih kepada penerangan,,, bukan nya tazkirah.
Minta depa kaji semula, pe makna tazkirah, pengumuman atau penerangan ...
Jangan main hentam je..

Dahla perangai buruk, mengajar rakyat menggunakan perkataan yang salah pula...

Siot tu la depa ni..

Sunday, August 29, 2010

Aduss...kantoi lagi....Pelancung asing bukan Islam je diharuskan masuk masjid. YB Teo bukan pelancung

Kantoi lagi apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama di dalam Masjid.  
Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa :

pelancong bukan Islam diharuskan memasuki Masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan senantiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimana pun perbuatan berdoa atau bertafakkur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

7. Tindakan dan sikap yang diambil oleh Pengarah JAIS Khusrin Munawi dan Pengerusi MAIS Mohamad Adzib Mohd Isa yang tidak membenarkan non muslim memasuki masjid dan surau adalah bertentangan dengan fatwa yang telah diputuskan baru - baru ini .

Apa agaknya alasan bagi kekantoilan dia atas?
Yang di benarkan oleh Muzakarah Majlis fatwa itu,pelancung asing..YB Teo MP Serdang bukan nya pelancung,,dia rakyat malaysia...Jawapan mudah..Rakyat Malaysia yang bukan berugama Islam di larang masuk masjid.
Itu lah gamaknya jawapan paling bernas oleh Pengarah JAIS...

Semakin di promosikan,, semakin nampak akan kejahilan mereka...

Kononnya MP Serdang melakukan kesalahan yang sangat besar..melanggar kesucian Ugama Islam, melanggar perintah Sultan..
Maka ia menjadi isu yang semakin di perkatakan..mana yang mahu berfikir, akan nampak...siapakan yang ternyata jahil di dalam ugama.
Selepas ini...akan berlambak2 gambar2 juga program politik di dalam masjid yang mereka lakukan yang akan di siarkan di dalam blog dan akan mejadi bahan bukti..
Mengata dulang paku serpih... sebenar nya merka lah juara berpolitik didalam masjid.

Apa nak buat..hukum mereka yang pegang..bebas la mereka melakukan nya...tidak akan menjadi salah pun..
Rakyat semakin mengerti dan faham akan permainan politik mereka...
Mereka akan di hukum di dalam PRU 13 nanti...percaya la,

Saturday, August 28, 2010

Aik...yang ni tak melanggar perintah sultan ke?

Gambar diatas menunjukkan gerak kerja politik yang di laku kan di dalam masjid oleh sekumpulan ahli politik.Banner yang di  belakang mengesahkan parti politik yang melanggar arahan tidak berpolitik di dalam masjid..

Depa buat ape pun tak pe...jangan orang lain... harammmmmmmmm

Siot je..

Se orang je bukan islam masuk surau Al Huda, jadi kecoh...Kat masjid Negara, dah beratus ribu bukan islam masuk...tak jadi berita pun.

Tindakan tegas jemput bukan Islam – JAIS

SHAH ALAM 26 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas terhadap Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral sekiranya didapati benar mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, 22 Ogos lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan orang bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi dari segi hukum.

Ia kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.

“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.- 


Heran juga la...kenapa pelancung asing di benarkan masuk ke masjid negara?
Tak ada tindakan ape2 ke ke atas pengurusan masjid?
Masjid terapung, dan banyak lagi la..tak ada pulak yang bersuara...


Heran la...

Kegagalan bukan kerana menipu, tapi kerana peguam gagal hadir...alasannya la

Kegagalan peguam Felda untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.

"Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh Felda gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Bharu," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Oleh yang demikian, Felda tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil.

 Ini adalah alasan yang di berikanoleh Pengerusi Felda..
Mengapa peguam yang di lantik gagal hadir?
Kenapa firma peguam tersebut berbuat demikian?
Kena jawab sendiri la..

Jawapan dari aku senang je.. memang felda menipu pun..kalau p mahkamah, akan terbongkar penipuan yang lain pulak...cara paling senag... biar kan peneroka menang dan felda kalah..itu lebih berbaloi dari  rahsia mereka terbongkar...

Agaknya la,,,

Friday, August 27, 2010

Suka suka hati je engkau nak ganyang ya....

Hebat nya lidah tak bertulang sebahagian kecil warga indonesia yang bersedia nak menganyang Malaysia bumi bertuah ini,,

Tidak mereka sedari agaknya, atau memang mereka buta kayu,,sebilangan rakyat mereka juga mungkin sedara mara mereka duduk di sini sama ada dengan jalan yang sah mahu pun yang datang sebagai pendatang haram.

Sebelum nak ganyang Malaysia bumi bertuah ini,,, pastikan dulu tiada se orang pun warga mereka yang berada disini... itu pun kalau mereka boleh buat la...

Nampak sangat sikap mereka yang tak berterima kasih di atas layanan kerajaan Malaysia bumi bertuah ini keatas saudara mara mereka yang berada di sini..

saja nak buat kecoh je...

Felda oooo felda...

Belum pun saman 200 juta tu dapat di laksanakan.. hangpa dulu dah kena bayar ganti rugi kerana menipu...
Ish akau jadi sangsi,,, ni mesti ada bnyak lagi penipuan yang telah felda laku kan ke atas peneroka...
Yak tau ape pula penipuan yang telah felda lakukan yang akan terbongkar tak lama lagi...

Ape alasan pengurus besar atau pun menteri yang menjaga felda diatas perintah makamah untuk membayar ganti rugi tersebut? kita tunggu dan dengar je la...

Awat la mangkok sangat

Kok ye pun nak bagi komen, nak menunjuk nunjuk konon awak tu bagus..bagi la komen dengan alaan yang kukuh..jangan fadi budak sengal..
Khatib tu dah ngaku dia mendoalan supaya km pp menerima islam, yang hang gatai suruh dia doa kan karpal singh tu kenapa?
Sengal ke?
Singh tu km pp ke?
Mangkok..Nabi pun pernah mendoakan antara dua, abu jahal atau pun umar alkhattab semuga allah menunjuk kan jalan yang benar kepada nya...dan akhir nya umar yang memeluk islam...
So jangan la nak berlebih lebih mencari salah orang.